Auto Shanghai 2021: Lynk & Co 09 sebenarnya adalah kembar Volvo XC90!

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di acara Auto Shanghai 2021, Lynk & Co memperlihatkan sebuah model SUV terbaharu yang dinamakan sebagai Lynk & Co 09.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nampak macam pernah lihat, tapi di mana ya?

Untuk pengetahuan anda, Lynk & Co 09 dibangunkan menggunakan pelantar Scalable Premium Architechure (SPA) yang sama digunakan oleh Volvo XC90, namun ia hanya hadir dalam versi plug-in hybrid (PHEV) sahaja.

 


Untuk membezakannya dengan Volvo XC90, para pereka di Lynk & Co telah menampal bahagian hadapan dengan rekaan signatur jenama itu, iaitu rekaan lampu terpisah, diikuti dengan rekaan gril yang agak ranggi dan rekaan lampu belakang LED yang tersendiri.

Kemasan silver strake di bahagian pintu menambahkan lagi keranggian rekaan SUV ini.

 


Dari segi trenkuasa, tiada informasi didedahkan oleh Lynk & Co, jadi adalah selamat untuk kita mengandaikan ia membawakan trenkuasa yang sama seperti yang ditawarkan pada model Volvo XC90 T8 Recharge, iaitu enjin 2.0 liter Twin Engine yang dibantu dengan motor elektrik untuk menghasilkan 407 PS dan 640 Nm.

Pek bateri lithium-ion pula adalah berkapasiti 11.6 kWh yang membenarkan jarak operasi sejauh 50 km.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Butiran lanjut berkenaan trenkuasa SUV Elektrik ini tidak didedahkan, namun besar kemungkinan Mazda…
Berita Global
Maserati Levante Hybrid dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris 2.0 liter yang dibantu dengan…
Berita Global
Pada ketika itu, ia merupakan antara pilihan yang popular di kalangan mat famili yang mahukan…