Auto Shanghai 2021: Mazda CX-30 EV dilancarkan untuk pasaran China

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi kerjasama dengan syarikat tempatan Changan Mazda, Mazda kini membawakan varian baharu bagi crossover kecil popular jenama itu, CX-30 yang ditawarkan dalam trenkuasa elektrik sepenuh masa.

Butiran lanjut berkenaan trenkuasa SUV Elektrik ini tidak didedahkan, namun besar kemungkinan Mazda membawakan unit yang sama daripada model MX-30 EV, iaitu motor elektrik yang mampu menjana 141 hp dan 264 Nm, serta pek bateri 35.5 kWh yang membenarkan jarak operasi sejauh 200 km.

 


Sesetengah media tempatan melaporkan CX-30 EV ini mampu menawarkan jarak operasi menghampiri 400 km, namun Mazda tidak mengesahkan laporan tersebut.

Sekali imbas, tiada sebarang perbezaan ketara antara CX-30 biasa dengan CX-30 berkuasa elektrik ini kecuali jarak kelegaan tanah yang lebih tinggi berbanding biasa disebabkan posisi bateri yang diletakkan di bawah lantai.

 


Namun pertambahan ketinggian itu 'disembunyikan' dengan pemasangan tempat pemijak sisi metalik, diikuti trim bampar depan dan belakang.

Mazda CX-30 EV kini didatangkan dengan set rim bersaiz 19 inci daripada abangnya CX-5, sementara bahagian belakang menampilkan lencana e-Skyactiv yang merujuk kepada trenkuasa elektrik.

 


Rekaan ruang kabin juga didapati mengekalkan elemen yang terdapat pada model petrol, termasuklah skrin kluster instrumen semi-digital dan skrin tengah  bersaiz 8.8 inci.

Disebabkan Mazda MX-30 tidak memasuki pasaran China, Mazda CX-30 EV akan menggalas tugas sebagai SUV elektrik di pasaran China bermula separuh kedua 2021.

 


Sumber gambar: Autohome

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, untuk tahun ini terdapat sehingga enam buah kenderaan elektrik (EV) yang bakal…
Berita Global
Polestar 2 2024 facelift ini menampilkan beberapa perubahan dari segi kosmetik, seperti contoh…
Berita Global
Platform yang sama akan turut digunakan oleh Geely untuk sebuah model sedan elektrik yang bakal…