Auto Shanghai 2021: Maserati Levante Hybrid dilancarkan, 330 PS/450 Nm

oleh Mohamad Hanif|
Di Shanghai Auto Show, Maserati telah mengorak langkah elektrifikasi terbaharu dengan melancarkan Levante Hybrid, menjadikan ia sebagai SUV hibrid pertama yang dilancarkan oleh jenama itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Maserati Levante Hybrid dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris 2.0 liter yang dibantu dengan sistem starter-generator 48 voltan yang berupaya menghasilkan 330 PS dan 450 Nm.

 


Sistem transmisi pula adalah jenis automatik lapan kelajuan yang menyalurkan kuasa kepada sistem pacuan semua roda, membenarkan pecutan sepantas 6 saat dari 0-100 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi 240 km/j.

Walaupun ia SUV hibrid, Maserati mendakwa Levante Hybrid memiliki berat yang lebih ringan (2,090 kg) berbanding varian bernadikan enjin enam silinder sebaris petrol dan disel.

 


Malah, ia juga turut mempunyai pembahagian berat yang lebih baik disebabkan bateri yang diposisikan di bahagian belakang.

Model SUV hibrid Maserati ini menampilkan kemasan berwarna biru pada sesetengah tempat, seperti contoh liang udara sisi, angkup brek, lencana trident pada tiang C dan diikuti dengan jahitan logo pada tempat duduk.

 


Kemaskini juga turut merangkumi sistem infotainmen, di mana Maserati Connect membawakan sistem infotainmen 10.1 inci beresolusi tinggi dengan rekaan tanpa rangka, dan menggunakan asas daripada sistem operasi Android Automotive.

Selain daripada itu, Maserati Levante Hybrid juga turut memperkenalkan warna baharu dengan tiga lapisan metalik yang dinamakan sebagai Azzurro Astro, dan ia boleh didapati menerusi program kustomisasi jenama itu, Maserati Fuoriserie.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Butiran lanjut berkenaan trenkuasa SUV Elektrik ini tidak didedahkan, namun besar kemungkinan Mazda…
Berita Global
Nampak macam pernah lihat, tapi di mana ya? Untuk pengetahuan anda, Lynk & Co 09 dibangunkan…
Berita Global
Pada ketika itu, ia merupakan antara pilihan yang popular di kalangan mat famili yang mahukan…