Sebagai makluman, harga jualan bermula dari £195,000 (RM1 juta) dan pembeli boleh mendapatkan model Defender klasik ini dalam versi tiga pintu 90 atau lima pintu 110.
Land Rover Defender Works V8 Trophy ini dibina oleh Land Rover Classic dan ia merupakan satu penghormatan buat Camel Trophy yang diadakan dari tahun 1980 sehingga 1998.
Setiap satu Land Rover Defender Works V8 Trophy ini dilayangkan warna Eastnor Yellow dengan kontras warna hitam pada arca roda, bonet, dan pintu tailgate.
Kuasa pula diperoleh daripada enjin petrol 5.0 liter bentangan V8 yang menghasilkan 399 kuasa kuda dan daya kilas 515 Nm, dengan transmisi automatik lapan kelajuan, sistem pacuan empat roda dan transfer box dua nisbah kelajuan.
Spesifikasi penuh boleh dibaca pada pautan di bawah: