Land Rover Defender Works V8 Trophy - 25 unit, harga dari RM1 juta!

oleh Mohamad Hanif|
Jentera ikonik ini sebenarnya merupakan sebuah model baharu Land Rover Defender Works V8 Trophy yang diubahsuai daripada model Defender generasi terdahulu, dan dibina secara rasmi oleh Land Rover Classic.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Jika anda perasan, rupa luaran Land Rover Defender Works V8 Trophy ini sebenarnya adalah satu penghormatan buat jentera off-road yang memenangi Camel Trophy pada tahun 1989.

 


Namun, berbanding jentera ori yang hadir dengan enjin 2.5 liter, Land Rover Defender Works V8 Trophy ini datang dengan enjin 5.0 liter bentangan V8 yang menghasilkan 399 kuasa kuda dan daya kilas 515 Nm.

Kuasa tersebut disalurkan kepada empat roda menerusi transmisi automatik lapan nisbah kelajuan, serta transfer box dua kelajuan.

Keupayaan pemanduan off-road Defender V8 ini turut dipertingkatkan dengan naik taraf sistem suspensi, pemasangan bar anti-oleng, brek cakera 355 mm dengan angkup empat omboh di hadapan, serta brek cakera 300 mm di bahagian belakang.

 


Roda keluli tugas berat bersaiz 16 inci itu dibaluti tayar jenis mud-terrain.

Dihadkan penghasilannya sebanyak 25 unit sahaja, para pembeli akan menerima pelbagai jenis aksesori dan kemaskini kosmetik seperti cangkuk tunda hadapan, rak bumbung, snorkel, serta kemasan Narvik Black pada bonet dan pintu belakang.

Kelengkapan standard termasuklah lampu LED, gril radiator, lencana edisi khas 'Land Rover Trophy', sementara di bahagian kabin pula terdapat jam analog unik, sistem infotainmen klasik JLR, serta sepasang tempat duduk Recaro yang datang dengan upholsteri kulit hitam dan jahitan kontras kuning.

 


Para pembeli yang bertuah juga akan dijemput untuk menyertai cabaran selama tiga hari bertempat di Eastnor Castle, Herefordshire yang menampilkan sesi kelas pemanduan bersama pasukan ternama, serta pemandu stunt dan duta rasmi Land Rover Jessica Hawkins.

Boleh didapati dalam versi 90 atau 110, Land Rover Defender Works V8 Trophy ini dijual pada harga bermula dari £195,000 (RM1,090,941).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
LROM ialah kelab Land Rover berdaftar yang pertama di Malaysia dan ahlinya terdiri dari "otai-otai…
Berita Global
  Walaupun terbuka, Okavango mempunyai bumbung atas boleh alih yang melindungi kabin dengan…
Berita Global
  Land Rover Series IIA dikeluarkan dari 1961 hingga 1971 dan satu daripada 'Len Roba' yang…