Ujian moose: Prestasi Triton jauh lebih baik berbanding 2-Series!

oleh Mohamad Hanif|
Umum mengetahui kebanyakan trak pikap dibina dengan dimensi yang lebih tinggi berbanding kereta biasa, jadi adalah tidak menghairankan apabila pengendalian trak pikap tidak setajam dan setangkas model yang disebutkan tadi, terutama ketika mengelak sesuatu di atas jalan raya secara tiba-tiba.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, dalam satu ujian popular pengelakan rusa moose yang dijalankan oleh KM77, prestasi Mitsubishi Triton nampaknya tidaklah begitu mengecewakan, malah ia mampu beraksi lebih baik berbanding sebuah sedan!

Sebagai info, untuk lulus ujian pengelakan rusa ini kebanyakan kenderaan haruslah melepasi halangan yang dibuat pada kelajuan 77 km/j.

 


Dalam ujian tersebut, Mitsubishi Triton (atau nama lainnya L200 di sesetengah pasaran) berjaya untuk kekal di dalam laluan pada kelajuan 69 km/j tanpa menyebabkan kon berterbangan di udara, dan disifatkan sebagai keputusan yang sederhana.

Pun begitu pada kelajuan tersebut, pemandu uji menyifatkan pergerakan secara tiba-tiba tersebut adalah 'selamat' walaupun jika dilihat dari luar orang ramai sudah boleh menadah tangan berdoa akan keselamatan pemandu.

Itu untuk sebuah trak pikap, namun bagaimana pula dengan sedan moden?

 


Menurut KM77 lagi, salah satu contoh di mana sedan moden mendapat keputusan yang buruk pada ujian ini adalah BMW M235i Gran Coupe.

Walaupun dipasarkan sebagai sebuah kereta yang dikhususkan untuk pemanduan serius, M235i GC tersebut ternyata mendapat keputusan yang lebih rendah berbanding Triton.

 


Dalam ujian yang dijalankan, pemandu terpaksa merendahkan kelajuan kepada 68 km/j untuk mengelakkan daripada berlanggar dengan kon.

Jika dilihat keputusan ujian moose Triton ini boleh dilihat sama taraf dengan prestasi Volkswagen Golf Mk8 yang telah diuji beberapa bulan yang lalu, dimana KM77 menyifatkan prestasi Golf Mk8 tersebut sebagai 'tidak memuaskan' untuk kategori hatchback kompak.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ya, Toyota GR Yaris merupakan entri terbaharu yang diuji oleh majalah automotif Sweeden Teknikens…
Berita Global
Model terbaharu yang diuji di dalam ujian moose kali ini adalah sebuah Subaru Forester generasi…
Berita Global
Namun, anda boleh cuba melupakan aspek yang diperkatakan tadi pada sebuah CLA-Class berdasarkan…