Subaru Forester lulus ujian moose!

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada menguji kereta-kereta penumpang seperti sedan dan hot hatch, organisasi km77.com turut sama menguji prestasi segmen kenderaan yang paling popular masa kini, SUV.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model terbaharu yang diuji di dalam ujian moose kali ini adalah sebuah Subaru Forester generasi baharu.

Harus diingatkan, SUV Forester bukanlah sebuah SUV berprestasi tinggi, malah dimensinya juga boleh dikatakan agak tinggi dan sudah pasti ia memberikan kesan kepada ujian penukaran laluan kecemasan yang dijalankan.

Ujian kali pertama yang dijalankan tidak mendatangkan keputusan yang baik, di mana Subaru Forester didapati melanggar beberapa kon di bahagian kiri dan kanan ketika penukaran laluan dibuat atas kesilapan pemandu itu sendiri.

 


Namun, cubaan terbaik yang dilakukan berjaya membuktikan Subaru Forester mampu untuk melepasi ujian moose yang dijalankan pada kelajuan 77 km/j.

Menurut km77 lagi, walaupun dengan olengan badan yang agak ketara, SUV Forester tersebut berjaya menawarkan pemanduan yang selamat dan meyakinkan sepanjang ujian tersebut.

Angka 77 km/j itu mungkin sekali nampak biasa, namun harus diingat, prestasi SUV Forester ini lebih pantas di dalam ujian moose berbanding Mercedes-AMG A 45 S. Ya, sebuah hot hatch!

Dalam ujian yang dijalankan sebelum ini, Mercedes-AMG A 45 S tersebut mampu melepasi ujian moose, namun pada kelajuan yang lebih rendah sekitar 75 km/j sahaja.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sejak dari tahun 2020, Subaru telah pun berkerjasama dengan Japanese Lifesaving Association (JLA)…
Berita Global
Sebaliknya, Forester STI Sport ini menampilkan rupa paras yang lebih sporti, serta penggunaan…
Berita Domestik
Buat para pembeli Subaru Forester, TC Subaru menawarkan rebat lebih daripada RM36,999 yang…