Mercedes-Benz CLA gagal ujian moose, lebih teruk berbanding Picanto?

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz bukanlah satu jenama yang boleh direndah-rendahkan, terutama apabila melibatkan aspek kejuruteraan, kemewahan dan juga prestasi yang cemerlang.

Namun, anda boleh cuba melupakan aspek yang diperkatakan tadi pada sebuah CLA-Class berdasarkan ujian moose yang dijalankan oleh majalan automotif Sweden, Teknikens Varld menerusi ujian KM77. 

Untuk pengetahuan, KM77 ini diambil bersempena dengan kelajuan kemasukan yang biasa dilakukan bagi melakukan ujian pengelakan rusa yang biasa didapati di negara tersebut.

 

Berdasarkan video KM77, Mercedes-Benz CLA dilihat cenderung untuk understeer didalam situasi tersebut, di mana kereta akan membelok sedikit kurang tajam berbanding apa yang pemandu mahukan. 

Setelah beberapa kali cubaan, baharulah Mercedes-Benz CLA-Class berjaya melengkapkan ujian tersebut pada kelajuan yang lebih rendah, iaitu 66 km/j. 
 


Sekadar perbandingan, angka tersebut merupakan angka yang paling rendah pernah dicatatkan oleh KM77, apatah lagi kereta kecil seperti Kia Picanto berjaya melakukannya pada kelajuan 71 km/j dan diikuti oleh SUV dan crossover pada kelajuan yang lebih tinggi. 

Namun, menurut KM77, faktor tayar merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada keputusan ini, di mana Mercedes-Benz menggunakan tayar Bridgestone Turanza T005 yang direka untuk keselesaan. 

 

Sumber: KM77 menerusi Wapcar
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Suzuki Jimny mungkin salah satu daripada kenderaan off-road yang paling popular diperkatakan masa…