"Sebelum ini, Modenas sebenarnya mengeksport keseluruhan enjin Kawasaki ke Filipina tetapi sekarang ini hanya empat komponen yang dihasilkan di Gurun dan dihantar ke sana," ujarnya ketika ditemuramah oleh Careta bulan lalu.
Selain dari komponen Kawasaki, Modenas juga sudah memulakan kerja-kerja untuk membekalkan produk Bajaj untuk pasaran Thailand.
"Motosikal Bajaj memang dipasang di Malaysia dan sekarang kami mengeksportnya ke Thailand. Jumlahnya masih rendah kerana Bajaj masih terlalu baharu di Thailand," sambung Roslan.
Modenas juga kini sudah memulakan projek pemasangan sepenuhnya enjin Bajaj di Gurun sejak tiga bulan lalu.
Sebelum ini, enjin Bajaj datang terus dari India.
Modenas juga sudah menyiapkan barisan pemasangan untuk produk-produk Kawasaki. Program itu kini hanya menunggu pengesahan dari jurutera-jurutera Kawasaki Heavy Industries, Jepun sebelum ia boleh diteruskan.
Model yang bakal dipasang di Gurun untuk permulaan ialah Ninja 250 dan Z250.