Warna baharu yang diterima oleh Kawasaki Z900 ABS adalah warna Candy Persimmon Red/Ebony yang dijual dengan harga bermula dari RM44,900.
Manakala warna baharu bagi model Kawasaki Z900 SE adalah warna Metallic Spark Black/Metallic Matte Graphenesteel Grey/ Candy Lime Green yang dijual dengan harga bermula dari RM55,900.
Spesifikasi untuk kedua-dua model ini masih kekal sama, ia dikuasakan dengan enjin 948cc, empat silinder sebaris, yang mencapai kuasa output sehingga 125ps @ 9,500rpm dan tork maksimum 98.8 Nm @ 7,700rpm.
Spesifikasi lain model Z900 ABS dan SE ini adalah ia turut menawarkan mod tunggangan (Sport, Road, Rain), pilihan mod kuasa, tiga variasi kawalan cengkaman KTRC (Kawasaki Traction Control) dan transmisi enam kelajuan berserta Assist & Slipper Clutch.
Bagi model Z900 SE, ia menerima spesifikasi premium seperti fork hadapan USD (upside down) berwarna emas dan sistem suspensi belakang Öhlins S46 yang dilengkapi dengan kawalan pelaras pra-beban (remote preload adjuster) untuk pelarasan lebih canggih.