Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus mencipta satu fenomena baharu di dalam arena permotoran di negara ini.

Kedua-dua ZX-25R SE dan ZX-25RR menampilkan sistem suspensi hadapan yang sama iaitu SFF-BP 37 untuk memastikan pengendalian dan kestabilan yang luar biasa.

Walau bagaimanapun, ZX-25RR, dalam kemasan double-R nya, dilengkapi dengan Horizontal Back-link serta BFRC Lite Gas untuk sistem suspensi belakang.

Ciri ini juga menawarkan mampatan serta redaman lantunan yang cekap, bersama-sama dengan kebolehlarasan spring yang membolehkan penunggang menyesuaikan lagi pengalaman menunggang mereka.
Untuk trenkuasa, ia masih menampilkan enjin empat sebaris 250cc yang menghasilkan kuasa maksimum sehingga 46hp dan sehingga 22 Nm tork

Ia turut hadir dengan ciri elektronik yang paling baharu termasuk Kawasaki Traction Control (KTRC), Kawasaki Quick Shifter (KQS), Assist & Slipper Cluth dan 3 mod tunggangan yang berbeza.

Selain itu, kedua-duanya dilengkapi dengan mod tunggangan serta paparan skrin TFT yang menampilkan sambungan Bluetooth melalui aplikasi Rideologynya, dalam meningkatkan pengalaman dan kelancaran ketika menunggang.

Harga yang disyorkan bagi model ZX-25RR ialah, RM 36,500.00 dan model ini boleh didapati di semua bilik pameran Kawasaki All-Star Dealer menjelang akhir Mac 2024.
