Modenas perkenal warna baharu Ninja ZX-25R SE - Stormcloud Blue, harga kekal RM33,900

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Modenas baru-baru ini telah mengumumkan kehadiran warna baharu Metallic Phantom X Silver Ebony (Stormcloud Blue) untuk model Ninja ZX-25R SE 2024.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Kehadiran warna baharu itu menggantikan warna Metallic Matte Graphenesteel Grey/Ebony di mana penawarannya telah dihentikan, sementara warna Lime Green/Ebony masih dikekalkan.

2

Menariknya, warna baharu Metallic Phantom X Silver Ebony (Stormcloud Blue) itu merupakan warna yang sama ditawarkan untuk pasaran Jepun.

Dari spesifikasi, tiada perubahan yang dibawakan di mana ia dikuasakan dengan nadi empat silinder sebaris 249.8 cc yang mampu menghasilkan 51 hp dan 22.9 Nm.

3

Nadi empat dapur itu dipadankan dengan  transmisi enam nisbah kelajuan, bersama ciri klac assist/slipper.

Harga juga kekal sama, bermula dari RM33,900.

 

Baca: Modenas Ninja ZX-25R

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Kedua-duanya hadir dengan nadi 451 cc dua silinder sebaris DOHC sejukan cecair dipadankan dengan…
Berita Domestik
Hadir dengan lencana Kawasaki, Ninja ZX-6R baharu itu juga merupakan model pemasangan tempatan (CKD…
Pelancaran Motosikal
Menjadi penyambung legasi kepada Vulcan 500,  Modenas Eliminator 500 hadir sebagai model cruiser…