Toyota bangunkan perkampungan sukan permotoran di Fuji Speedway - bakal siap menjelang 2022

oleh Mohamad Hanif|
Disebabkan lokasi litar Fuji Speedway yang agak jauh dari kawasan bandar, para pelancong dan pencinta kelajuan berkemungkinan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan lokasi penginapan dan makanan yang berhampiran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, Toyota selaku pemilik Fuji Speedway kini mempunyai perancangan tersendiri bagi memeriahkan dan merancakkan lagi kehadiran pengunjung ke litar tersebut.

Menurut laporan daripada Japanese Nostalgic Car, litar Fuji Speedway tersebut bakal bertukar menjadi sebuah perkampungan sukan permotoran bertaraf global di mana ia akan menempatkan sebuah hotel mewah, muzium permotoran serta fasiliti untuk kemudahan pasukan perlumbaan serta pelumba persendirian.

 


Dibina dengan kerjasama Hyatt, sebuah hotel dengan kapasiti 120 bilik akan dibina di atas tanah berkeluasan 39,948 meter persegi, serta memiliki kemudahan seperti gimnasium, hotel banquet, ruang persidangan dan kolam renang.

Bagi mereka yang memiliki bajet yang mencukupi, Toyota juga akan menyediakan kemudahan pondok penginapan serta ruang untuk memacak khemah 'glamping'.

Seperti yang disebutkan tadi, Toyota juga akan menyediakan kemudahan garaj khusus untuk pasukan perlumbaan profesional bagi membangunkan dan menyediakan kereta lumba berdekatan dengan Fuji Speedway, bertujuan untuk menarik lebih banyak penyertaan di peringkat domestik bagi merancakkan lagi industri sukan permotoran Jepun.

 


Tidak ketinggalan, sebuah muzium permotoran yang bakal menempatkan jentera-jentera bersejarah yang melambangkan kisah Fuji Speedway yang akan dikendalikan oleh Toyota Automobile Museum.

Perkampungan sukan permotoran dan hotel baharu di Fuji Speedway ini akan mula dibuka pada tahun 2022.

Sumber: Japanese Nostalgic Car

Berita Berkenaan

Berita Global
Program khas tersebut bakal bermula pada 15 Januari hingga 30 Jun tahun 2024, khusus untuk…
Berita Global
Berbanding sedan Mirai standard, Mirai Sports Concept itu telah direndahkan sebanyak 40 mm, diikuti…
Berita Global
Kini, generasi kedua GR86 dan BRZ telah pun selesai dilancarkan pada tahun ini, dan sudah pasti…