Bercuti di Fuji Speedway Hotel, dapat peluang pandu uji Toyota Supra!

oleh Mohamad Hanif|
Toyota dilapor bekerjasama dengan pengendali Fuji Speedway Hotel di Jepun untuk menawarkan pengalaman percutian yang lebih bermakna, khusus buat golongan petrolhead.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Program khas tersebut bakal bermula pada 15 Januari hingga 30 Jun tahun 2024, khusus untuk pelancong yang bermalam di hotel tersebut.
 

Supra


Lebih mengujakan, mereka akan diberikan peluang untuk memandu sebuah Toyota GR Supra 2020 talaan TOM's versi automatik, atau GR Supra 2022 yang didatangkan dengan tiga pedal, khusus untuk mereka yang berkelayakan memandu kereta manual sahaja.

Sayang sekali, sesi pandu uji khas itu hanya ditawarkan berdasarkan siapa cepat dia dapat, di mana terdapat lima slot selama satu jam disediakan setiap hari.
 

Supra


Selain itu, Toyota juga bakal menganjurkan acara "Supra Winter Festival" yang lebih besar pada 21 hingga 22 Januari, dengan pilihan kereta yang lebih banyak disediakan termasuklah Celica XX 1985, Supra 2.5GT Twin Turbo Aerotop 1992, dan Supra JZA80.

Kesemua kereta tersebut boleh dipandu dalam tempoh setengah jam di jalan raya utama sekitar Fuji Speedway Hotel, dan bukannya di dalam Fuji Speedway itu sendiri.