Adakah ini gambaran sebenar model Toyota Mirai GR Sport?

oleh Mohamad Hanif|
Toyota sebelum ini pernah mempamerkan Mirai Sports Concept, kereta elektrik sel bahan api dengan penampilan yang lebih sporti di Super Taikyu Fuji 24 Hour Race Mei yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berbanding sedan Mirai standard, Mirai Sports Concept itu telah direndahkan sebanyak 40 mm, diikuti penggunaan komponen gentian karbon pada hud enjin, bonet belakang dan juga spoiler belakang.
 

Mirai


Namun untuk model yang muncul di Super Taikyu Series di Fuji Speedway baru-baru ini, pihak pembangun telah merendahkan lagi ketinggian Mirai Sports Concept ini sebanyak 20 mm, selain memasang GT wing yang dihasilkan oleh SARD.

Keempat-empat sudut dipasangkan dengan rim sporti bersaiz 21 inci berserta balutan getah Michelin Pilot Sport S5 bersaiz 245/40 R21.
 

mirai


Difahamkan, bahagian hud enjin telah dipasangkan liang udara untuk mengurangkan pengumpulan tenaga haba yang terhasil akibat peningkatan output kuasa.

Susun atur ruang kabin Mirai Sports Concept kekal sama tanpa sebarang perubahan besar, melainkan roda stereng dan tombol gear yang dibaluti kulit baharu, serta tempat duduk yang dipinjam daripada model GR Corolla.
 

mirai


Tiada sebarang perubahan terhadap spesifikasi asal, di mana Toyota Mirai Sports Concept ini masih lagi mengekalkan trenkuasa asal dengan motor elektrik yang mampu menjana kuasa 182 hp dan 300 Nm, serta pemanduan mencecah 647 km untuk setiap isian 3 tangki hidrogen penuh.

Menurut Car Watch, Toyota dilapor sedang bersedia untuk melancarkan Mirai versi yang lebih sporti ini kepada umum dalam masa terdekat.

Baca: Toyota Mirai generasi baharu

Sumber: Car Watch