Jadi, bagaimana untuk menjadikan Toyota Prius anda sebuah kereta yang - paling tidak - mampu membuatkan ramai orang tertoleh saat anda meredah jalan raya?
Pasangkan kit badan ala Ferrari FF!
Hadir daripada firma talaan Albermo yang menghasilkan kit Urus untuk Toyota RAV4, kali ini syarikat Jepun itu tampil dengan kit badan SP42 yang diinspirasikan daripada Ferrari FF untuk Toyota Prius.
Modifikasi yang signifikan datangnya daripada penggunaan bumper hadapan kustom yang membawakan persamaan dengan muka hadapan Ferrari FF dengan gril hitam, perumah lampu kabus yang tajam dan serta spoiler lip bawah.
Kos bumper hadapan ini sahaja bernilai ¥108,000 (RM4,404).
Albermo turut menawarkan bumper belakang dengan pakej diffuser bagi menampakkan Prius acah Ferrari ini lebih agresif dengan harga sekitar ¥78,000 (RM3,180).
Selain daripada itu, terdapat jalur tiga warna yang melambangkan bendera Itali serta pemasangan lencana Ferrari palsu yang boleh dilihat menggantikan gambar kuda dengan spesis burung yang tidak diketahui.