Kit badan ala Urus untuk Toyota RAV4

oleh Mohamad Hanif|
SUV pantas yang menjadi idaman semua, Lamborghini Urus merupakan salah satu produk Itali yang sangat berjaya sehingga mampu menaikkan keuntungan Lamborghini berlipat kali ganda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Manakan tidak, ia juga turut menyumbang kepada penguasaan 61 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan kenderaan Lamborghini.

 


Jika anda masih mahukan sebuah Lamborghini Urus namun dalam bentuk yang lebih praktikal dan harga yang lebih munasabah, masih terdapat caranya.

Sebuah firma talaan Albermo yang berpangkalan di Yamaguchi Prefecture, Jepun telah hadir dengan solusi kit badan yang menyerupai Lamborghini Urus untuk SUV Toyota RAV4 generasi terkini.

 


Penawaran kit ini merangkumi bumper hadapan dengan logo penala yang mengekalkan bentuk lampu utama RAV4, serta slot penderia yang digunakan pada Toyota Safety Sense.

Kos bumper itu sahaja berharga sekitar 138 ribu yen (RM5,590), dan Albermo juga turut menawarkan spoiler bumbung, skirt sisi dan lower apron dengan kos keseluruhan kit badan ini bernilai 240 ribu yen (RM9.7 ribu).

 


Sebagai makluman, harga yang dipaparkan tidak termasuk dengan kos pemasangan dan kos cat.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, pendekatan retro klasik itu ditawarkan pula pada sebuah lagi model kei car Daihatsu, iaitu…
Berita Global
Lihat sahaja pada dua projek terawal yang telah siap sebelum ini, iaitu Mars (menggunakan asas…
Berita Global
Bersempena dengan Tokyo Auto Salon 2024 yang bakal tiba kelak, DAMD memperkenalkan tema baharu yang…