Kit badan Albermo XH42 ala-ala Urus untuk Toyota Harrier

oleh Mohamad Hanif|
Bagilah apa jua nama SUV-SUV yang gagah perkasa, lebih mahal, dan lebih mewah seperti Bentley Bentayga, Rolls-Royce Cullinan, namun SUV Lamborghini Urus tetap menjadi buah mulut orang sehinggakan ia mampu diasimilasikan pada model-model SUV yang lebih marhaen.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi anda yang sudah buntu untuk mencari idea mencantikkan Toyota Harrier (nama di pasaran lain Toyota Venza), syarikat Jepun Albermo yang sebelum ini pernah menawarkan kit badan untuk Raize/Rocky kini hadir dengan kit badan yang serupa untuk Harrier.

 


Kit badan ini dinamakan sebagai XH42 yang merangkumi bampar hadapan dengan bucu hadapan yang tajam, bukaan tengah yang besar, serta liang kemasukan udara sisi yang lebih agresif.

Albermo turut menawarkan penambahan pada fender yang bersegi, sebelum menambah sayap belakang yang mungkin tidak memberikan kesan kepada aspek aerodinamik.

 


Pada bahagian bampar belakang, terdapat komponen diffuser yang agresif sebelum diakhiri dengan tip ekzos berkembar posisi tengah yang diperoleh daripada 5Zigen.

Tiada sebarang harga jualan diumumkan, namun setiap daripada unit ini dijual berasingan dan tidak dicat bagi membolehkan pelanggan menetapkan sendiri warna yang mereka inginkan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, pendekatan retro klasik itu ditawarkan pula pada sebuah lagi model kei car Daihatsu, iaitu…
Berita Global
Lihat sahaja pada dua projek terawal yang telah siap sebelum ini, iaitu Mars (menggunakan asas…
Berita Global
Bersempena dengan Tokyo Auto Salon 2024 yang bakal tiba kelak, DAMD memperkenalkan tema baharu yang…