Kit badan Albermo ala Urus untuk Rocky & Raize. Ativa boleh?

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar kit badan kustom terkenal di Jepun Albermo baru-baru ini melancarkan pakej yang mampu mengubah penampilan SUV cilik Toyota Raize/Daihatsu Rocky seperti seakan sebuah Lamborghini Urus mampu milik.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kit yang dinamakan sebagai XCR111 itu terdiri daripada bampar hadapan yang hampir menyerupai sebuah Lamborghini Urus, gril hadapan, serta pemasangan spoiler belakang.

 


Seperti mana yang kita semua maklum, Perodua Ativa merupakan kembar kepada kedua-dua model Daihatsu Rocky/Toyota Raize, jadi sudah pasti ia boleh dipadankan dengan mudah tanpa memerlukan pengubahsuaian yang besar-besaran.

Namun, pihak Albermo menawarkan pakej ini tanpa semburan cat, dan mereka juga tidak menjamin pemasangan produk tersebut memberikan kesan kepada negatif kepada pemasangan sistem penderia serta sistem pintar lain yang terpasang pada model asal.

 


Menerusi laman web Albermo, harga jualan untuk pakej ala Lamborghini Urus ini masih lagi belum didedahkan secara rasmi.

Perodua juga baru-baru ini telah pun membuka tempahan bagi produk SUV baharu mereka, Perodua Ativa dengan harga jualan anggaran bermula dari RM62,500.

Bagi mereka yang tidak sabar menanti, bolehlah mula mengumpul duit perlahan-lahan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, pendekatan retro klasik itu ditawarkan pula pada sebuah lagi model kei car Daihatsu, iaitu…
Berita Global
Lihat sahaja pada dua projek terawal yang telah siap sebelum ini, iaitu Mars (menggunakan asas…
Berita Global
Bersempena dengan Tokyo Auto Salon 2024 yang bakal tiba kelak, DAMD memperkenalkan tema baharu yang…