Walaubagaimanapun, ia adalah tertakluk kepada prosedur pengendalian standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh MITI.
Berikut merupakan cawangan pusat servis yang dibuka:
Pusat Servis MODENAS Subang, Selangor
Pusat Servis MODENAS Ipoh, Perak
Pusat Servis MODENAS Gurun, Kedah
Pusat Servis MODENAS Kuantan, Pahang
Hari Operasi : Dua kali seminggu (Isnin dan Khamis)
Masa : 10.00 pagi hingga 3.00 petang
Permulaan : 20 April 2020, sehingga diberitahu kelak
Temujanji boleh dibuat menerusi dalam talian menggunakan pautan di bawah:
http://bit.ly/mcobookaservice atau
http://bit.ly/jomservis
amalkan penjarakan sosial
Selain daripada itu, para pelanggan juga boleh menghantar mesej WhatsApp ke talian MODENAS Careline di +6019-570 8135.
Para pelanggan akan dihubungi oleh kakitangan cawangan untuk pengesahan slot tarikh dan masa dan hanya akan menerima temu janji berdasarkan asas layanan pertama.
Ini bagi mengehadkan jumlah pelanggan yang memasuki premis serta dalam masa yang sama mempraktikkan penjarakan sosial yang selamat untuk sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.
Para pelanggan juga diminta untuk memakai topeng muka dan diperiksa suhu badan sebelum dibenarkan memasuki premis.