Marc Marquez memulakan karier di dalam MotoGP menggunakan jentera RC213V untuk pasukan pengilang Honda, Repsol Honda Team dan menjadi juara MotoGP paling muda di dunia pada tahun 2013.
Semenjak daripada itu, gelaran juara dunia tidak lagi menjadi asing buat Marc Marquez sehingga tahun lalu (2019), kecuali pada tahun 2015 apabila Marc menduduki tempat ketiga dalam kelas yang sama.
Secara keseluruhan, Marc mengungguli 62 kedudukan pole, serta 56 kemenangan yang merupakan pelumba ketiga paling banyak memenangi kejuaraan di dalam sejarah MotoGP.
Menurut Marc Marquez, "saya amat berbangga untuk mengumumkan pembaharuan kontrak bersama Honda Racing Corporation untuk empat tahun akan datang.
"Sejak tahun pertama di dalam MotoGP, HRC telah memberikan saya keyakinan untuk memanjangkan lagi perhubungan demi mencapai matlamat dan meneruskan kisah-kisah kemenangan kami.