HRC Grom khas untuk perlumbaan! siap dengan one make race series

oleh Muhammad Md Tajudin|
HRC GROM 2021
HRC GROM 2021
Honda Grom atau MSX 125 merupakan satu daripada motosikal comel yang boleh anda miliki. Grom atau MSX 125 bukan sekadar comel malah menarik untuk digunakan sebagai jentera lumba.

Ini yang ditonjolkan apabila Honda Racing Corporation (HRC) memperkenal Grom dengan spesifikasi perlumbaan. Lebih menarik HRC turut mengumumkan siri perlumbaan one make series HRC GROM Cup di Jepun.

Pengumuman ini dibuat susulan pelancaran MSX GROM 2021 di Thailand.

HRC GROM Cup bukan acara baharu dan pernah dianjurkan sebelum ini di Jepun. Berkenaan spesifikasi, HRC tidak memaklumkan secara terperinci kecuali beberapa komponen seperti kit HRC, fairing, harness, ECU dan peredam ekzos.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
HRC GROM 2021

 

Berdasarkan spesifikasi pasaran Thailand, MSX GROM 2021 digerakkan enjin 125cc empat lejang PGM-FI dengan kotak gear lima kelajuan.

Kuasa enjin ialah 9.7 hp pada 7,000 rpm dan tork 11 Nm pada 5,250 rpm.

HRC GROM akan mula dijual di Jepun pada Mac 2021 melalui pengedar atau pusat servis HRC.

Memandangkan HRC GROM adalah motosikal lumba, ianya tidak boleh didaftar dan digunakan di atas jalan raya awam.

 

HRC GROM 2021

 

HRC belum memaklumkan harga GROM manakala MSX GROM 2021 pasaran Thailand dijual pada THB69,900 (RM9,301) dan THB77,400 (RM10,299) untuk versi ABS.

Di pasaran tempatan, MSX 125 dilancarkan pada Disember 2016 dan selepas itu model dengan empat warna baharu diperkenal pada Julai 2018.

Dengan pengenalan MSX GROM 2021 di Thailand bila pula giliran negara kita? Tunggu pengesahan dari Boon Siew Honda.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

HRC GROM 2021

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…