HRC sambung kontrak pelumba Takaaki Nakagami bermula 2021

oleh Mohamad Hanif|
Honda Racing Corporation (HRC) baru-baru ini mengumumkan persetujuan untuk menyambung kontrak pelumba Jepun berusia 28 tahun, Takaaki Nakagami selama beberapa tahun bermula musim 2021.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Takaaki Nakagami kini bertanding di kejuaraan MotoGP Sedunia FIM untuk pasukan LCR Honda IDEMITSU.

Beliau memulakan karier menerusi kelas Moto2 pada tahun 2012 sebelum menyertai IDEMITSU Honda Team ASia pada tahun 2014 yang merupakan sebahagian daripada inisiatif Honda dalam memupuk pelumba bertaraf dunia dari Asia.

Pada tahun 2018, Takaaki Nakagami berpindah memasuki kelas MotoGP dan berjaya menamatkan perlumbaan di tangga ke-20 secara keseluruhan untuk musim tersebut.

Untuk musim 2020 sehingga kini, Takaaki Nakagami kini berjaya menduduki tangga kelima, dan konsisten menghabiskan perlumbaan di dalam kelompok 10 pelumba teratas, termasuklah berjaya menduduki tangga keempat yang merupakan pencapaian terbaik kariernya.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Jika diimbau kembali, Honda tidak kekal lama dan keluar dari F1 selepas beberapa tahun dan …
Sukan Bermotor
  Berdasarkan spesifikasi pasaran Thailand, MSX GROM 2021 digerakkan enjin 125cc empat lejang PGM…
MotorGP
Marc Marquez memulakan karier di dalam MotoGP menggunakan jentera RC213V untuk pasukan pengilang…