Antara perubahan yang dibawakan termasuklah kelengkapan G-Vectoring Control Plus (GVC Plus) - sistem kawalan yang pertama di dunia yang mengubah daya kilas enjin sebagai respons terhadap input stereng bertujuan untuk menjadikan pemanduan yang lebih lancar dan berkesan.
Berdasarkan input itu tadi, sistem komputer boleh mengarahkan enjin supaya melaraskan kembali kuasa yang diedarkan supaya memberikan lebih cengkaman kepada roda dan menjadikan pemanduan di selekoh yang lebih stabil.
Selain daripada aspek pengendalian di selekoh, GVC Plus juga memberikan kawalan yang meyakinkan apabila menukar laluan di lebuhraya, serta pemanduan di jalan yang licin.
Unit infotainmen Mazda6 juga kini menerima sambungan kepada Android Auto dan Apple CarPlay sebagai standard yang boleh diakses menerusi MAZDA CONNECT Infotainment.
Dari segi penawaran enjin, terdapat tiga pilihan iaitu Skyactiv-G 2.0L, Skyactiv-G 2.5L dan enjin diesel Skyactiv-D 2.2L dengan padanan transmisi automatik Skyactiv-Drive enam nisbah kelajuan.
Untuk sedan yang diimport sepenuhnya dari Jepun ini, Mazda menawarkan sehingga tujuh warna pilihan termasuklah Soul Red Crystal, Machine Gray, Deep Crystal Blue, Sonic Silver, Titanium Flash, Jet Black dan Snowflake White Pearl.
Harga jualan bagi kesemua varian Mazda6 termasuklah varian wagon adalah seperti berikut:
VARIAN |
SEDAN |
TOURING |
MAZDA6 2.0L |
RM 173,659.00 |
- |
MAZDA6 2.5L |
RM 211,148.00 |
RM 215,148.00 |
MAZDA6 2.2L |
RM 219,851.00 |
- |
Setiap pembelian kereta Mazda yang didaftarkan bermula 1 Januari 2019 didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun/perbatuan 100,000 km* termasuklah servis penyelenggaraan percuma lima tahun/perbatuan 100,000 km* (kecuali Mazda BT-50).
*yang mana terdahulu.