Video: Suzuki Jimny tak lulus ujian 'Moose Test'

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Suzuki Jimny mungkin salah satu daripada kenderaan off-road yang paling popular diperkatakan masa kini, sejak daripada pelancaran rasminya tahun lalu. 

Malah jika anda perhatikan, Suzuku Jimny boleh diibaratkan sebagai pisang goreng panas dan senarai pilihan modifikasinya juga pelbagai. 

Tinggal pilih dan padankan sahaja mengikut kemampuan anda. 

Baca: Suzuki Jimny Black Bison

Baca: Suzuki Jimny Little D dan Little G

Baca: Modifikasi Retro Suzuki Jimny

Baca: Suzuki Jimny Liberty Walk

Barang harus diingat, walaupun popular, Suzuki Jimny ini jauh sebenarnya dari sempurna. 
 

 

Dengan skor keselamatan tiga bintang yang dikeluarkan oleh Euro NCAP, ujian 'moose test' pula menunjukkan kelemahan ketara pada Suzuki Jimny ini - ia tidak mampu mengelak lintasan objek secara tiba-tiba pada kelajuan 76 km/j. 

Menurut penguji, respon stereng adalah terlalu perlahan untuk mengembalikan semula Suzuki Jimny ini kepada keadaan sedia kala, selain kadar cengkaman tayar yang lemah. 

Malah, Jimny juga didapati gagal pada tahap kelajuan yang lebih rendah (71 km/j), apabila ia kerap melanggar kon-kon keselamatan yang diletakkan. 

Namun, hanya pada kelajuan 68 km/j berjaya membuktikan Suzuki Jimny ini mampu menguasai keadaan dengan baik.
 


Berdasarkan ujian yang dirakam, anda sendiri boleh saksikan bagaimana sistem elektronik pada Jimny ini bertungkus lumus memastikan SUV mini ini tidak terbalik ketika 'mengelak' halangan.  

Dengan kadar ketinggian badan serta kelebaran yang tidak seimbang, tidak menghairankan apabila Suzuki Jimny ini tidak berjaya untuk lulus ujian moose. 

Namun, penulis percaya, hampir semua pemilik Suzuki Jimny tidak akan ambil kisah pun berkenaan ujian ini, kerana kebanyakan masa hanya dihabiskan pada laluan off-road. 

Bak kata orang putih: slow and steady bro!

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam erti kata lain, ia lebih banyak menghabiskan masa di pasaraya dan pusat membeli-belah dari…
Berita Domestik
Ia datang dengan kerangka ladder frame dan trenkuasa 4X4 sejati (Suzuki AllGrip Pro 4WD), seperti…
Berita Global
Berbanding model Jimny 3 pintu, Jimny 5 pintu memiliki ukuran dimensi yang lebih panjang, iaitu 3,…