Kit badan Liberty Walk untuk G-Class dan Jimny - dah macam adik beradik!

oleh Mohamad Hanif|
Suzuki Jimny sememangnya sebuah kereta moden yang sangat versatil, ia mampu menerima apa jua kemasan dan kit badan daripada beberapa firma penala, namun tidak kekok pula untuk dipandang seharian.

Bagaimana pula sekiranya anda mahukan persamaan di antara sebuah G-Class dan Suzuki Jimny anda yang kecil itu?

Liberty Walk ada jawapannya. 

 


Dibina berdasarkan inspirasi daripada kit badan yang pernah dihasilkan untuk G-Class, Liberty Walk akhirnya sudah pun selesai membangunkan kit badan Jimny. 

Hasilnya, anda sendiri boleh membayangkan hampir tiada perbezaan ketara di antara kedua-dua model yang berlainan jenama tersebut.
 


Jika diletakkan saling bersebelahan, ibarat anda membeli sebuah model skala bersaiz 1 nisbah 2 kepada Mercedes-Benz G-Class. 

Segala elemen yang dimuatkan pada G-Class disalin secara terus seperti pelindung tayar simpanan, wing roof-mounted, lampu belakang, arca roda berwarna hitam, dan bar lampu yang dimuatkan pada bahagian bumbung. 
 


Sekiranya anda melakukan sedikit muslihat kepada teman wanita anda pun, mungkin beliau akan sedikit percaya bahawa anda sebenarnya memandu sebuah G-Class di dalam badan Jimny...

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Kit ini ditawarkan dalam dua konfigurasi utama iaitu versi standard dan juga versi widebody,…
Berita Global
Inspirasi Budaya Jepun Pada Jentera Lumba Elektrik Menurut Liberty Walk, rekaan jentera ini…
Berita Global
Rekaan Overfender dan Wide Body Miura GT versi Liberty Walk hadir dengan kit overfender serta…