GFG Style, sebuah syarikat automotif yang diasaskan oleh pereka terkemuka Giorgetto Giugiario dan anaknya Fabrizio bakal hadir dengan sebuah model konsep baharu yang akan dipamerkan pada Geneva Motor Show.
Dinamakan sebagai Kangaroo (kenapa mesti nama haiwan ini?), model konsep ini akan mengambil bentuk sebagai sebuah sport utility vehicle (SUV) berkuasa elektrik sepenuhnya yang mampu memuatkan dua orang sahaja.
Menggunakan rangka aluminium yang dilindungi oleh binaan badan daripada bahan gentian karbon dan pacuan semua roda, SUV elektrik ini bakal mempunyai prestasi kelajuan tertinggi sepantas 250 km/j atas mana-mana bentuk permukaan bumi.
Menerusi gambar acah yang didedahkan, Giugiario ingin memperkenalkan kepada umum bahasa rekaan yang bakal digunakan untuk model akan datang, memandangkan ia tidak berbentuk seakan sebuah SUV jika dilihat pada garis badan kereta yang sangat rendah.