Arahan tersebut dikeluarkan oleh jawatankuasa pemantau iklan, Ad Standards oleh kerana ia melanggar peraturan di bawah FCAI Voluntary Code of Practice, klausa 2(a) kod berkenaan.
Ford menunjukkan kemampuan trak pikap terbaharu mereka menerusi iklan Ranger Raptor melakukan pemanduan lasak di kawasan off-road, namun ia menerima aduan daripada mereka yang panas hati dengan menyatakan: "trak pikap tersebut berlumba, melakukan aksi lompat, dan burnout sekaligus mempromosikan pemanduan yang tidak selamat."
Seorang lagi pengadu memberikan komen: "Iklan pemanduan berbahaya tersebut tidak sepatutnya dipaparkan di kaca TV."
Sebagai respon kepada aduan tersebut, Ford Australia mengeluarkan kenyataan menarik balik iklan tersebut dan bakal mengubah kembali supaya ia patuh pada kod yang dikeluarkan oleh FCAI.
Dalam kes yang berbeza, Volkswagen diarahkan supaya menarik kembali iklan berdurasi 30 dan 60 saat yang memaparkan Amarok merentasi pelbagai pemandangan sebelum diakhiri dengan babak memotong dua buah trak.
Salah seorang pengadu mengatakan iklan Volkswagen tersebut "mampu mendorong pengguna untuk melakukan aksi memotong yang berbahaya, ia sebuah iklan yang bodoh!"
Volkswagen mengambil tindakan serta-merta dengan menarik kembali iklan 60 saat tersebut, manakala iklan berdurasi 30 saat tersebut diedit semula supaya menepati syarat yang ditetapkan.
Jika kedua-dua trak pikap tersebut mempromosikan pemanduan berbahaya, bagaimana pula dengan iklan Holden Commodore Ute ini?