Ford Ranger V6 2022 mampu jana 247 hp, 600 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Semasa pelancaran rasmi generasi baharu Ford Ranger tempoh hari, Ford sengaja tidak mendedahkan beberapa butiran terperinci berhubung trenkuasa trak pikap tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Model yang paling berkuasa, Ranger Raptor boleh didapati dengan dua pilihan enjin, iaitu enjin diesel 2.0 liter turbo, atau enjin V6 3.0 liter turbo berkembar dengan dua output berbeza, iaitu 284 hp/491 Nm untuk Eropah, dan 392 hp/583 Nm untuk pasaran Australia.

Bagaimana pula dengan versi Ranger biasa?
 

Ranger


Untuk Ranger yang dilengkapi dengan nadi diesel turbo 3.0 liter V6, Ford menyatakan enjin tersebut berupaya menghasilkan kuasa 247 hp dan daya kilas 600 Nm dan hanya ditawarkan untuk varian XLT, Sport dan Wildtrak sahaja.

Ranger V6 untuk pasaran Australia bakal dilengkapi dengan ciri seperti sistem berhenti/mula, sistem 4WD on-demand, dan piawaian Euro 5.

Untuk pasaran lain, Ford Ranger boleh didapati dengan enjin 2.0 liter diesel dengan konfigurasi turbo tunggal (168 hp/405 Nm), atau turbo berkembar (207 hp/500 Nm).
 

Ranger


Kesemua varian dipadankan dengan transmisi automatik 10 nisbah kelajuan, dan ada sesetengah varian yang bakal mendapat sehingga tujuh mod pemanduan.

Antara ciri standard untuk semua varian termasuklah skrin tengah bersaiz 10.1 inci, skrin kluster instrumen digital lapan inci, kawalan iklim, penderia parkir belakang, serta kelengkapan keselamatan aktif seperti brek kecemasan autonomi, bantuan pengekalan lorong, kawalan jelajah adaptif, serta sistem pemantauan titik buta.

Baca: Ford Ranger 2022

Baca: Ford Ranger Raptor 2023

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran terdahulu, Hiace Panel Van kini didatangkan dengan enjin diesel turbo 3.0…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Toyota Motor akan menangguhkan sementara penghantaran bagi 10 buah…