Berita tersebut disahkan lagi menerusi pendedahan imej acah terbaharu yang memaparkan Mazda3 sedan dan juga Mazda3 hatchback - dikatakan banyak mengambil inspirasi daripada rekaan konsep Mazda Kai.
Menerusi acara Los Angeles Auto Show yang bakal berlangsung pada 30 November sehingga 9 Disember nanti, ia akan menjadi platform utama pengenalan model segmen C Mazda ini ke seluruh dunia.
Generasi keempat Mazda3 ini menggunakan SkyaActiv-Vehicle Architecture baharu yang dibina lebih kukuh dan menawarkan ruang yang lebih luas daripada model Mazda3 sedia ada, di samping menambah baik pengendalian, mengurangkan kebisingan, getaran dan kekasaran.
Namun, menurut laporan Mazda akan menggantikan sistem suspensi multi-link di bahagian belakang dengan sistem gantungan twist-beam yang lebih ringan dan murah.
Dikatakan enjin generasi baharu SkyActiv-X 2.0 liter bakal menjadi nadi utama bagi Mazda3 ini yang menampilkan teknologi Spark Controlled Compression Ignition, dengan kuasa dianggarkan sekitar 190 hp dan daya kilas 230 Nm.