Mazda Spirit Racing bakal bawakan jentera MX-5, Mazda3 berorientasikan litar lumba!

oleh Mohamad Hanif|
Mazda dilapor akan mengikut jejak langkah Toyota Gazoo Racing dalam menawarkan barisan produk bertemakan perlumbaan kepada para pelanggannya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sayang sekali, ia bukanlah merujuk kepada kelahiran semula jenama Mazdaspeed, akan tetapi mereka akan menggunakan jenama baharu Mazda Spirit Racing.
 

m3


Dua model yang telah disahkan akan masuk fasa produksi ialah Mazda Spirit Racing RS dan Mazda Spirit Racing 3.

Menurut Mazda, mereka akan menggunakan segala pengetahuan yang dipelajari sepanjang penglibatan di dalam Super Taikyu Series untuk menambah baik aspek suspensi dan juga aerodinamik.

Mazda Spirit Racing RS dibina berdasarkan roadster MX-5 Miata, membawakan ciri seperti kit badan aerodinamik, tip ekzos yang lebih besar, sistem brek Brembo, diikuti dengan rim Rays yang dibaluti tayar Bridgestone Potenza.
 

m


Sementara ruang kabin pula menampilkan sepasang tempat duduk bucket Recaro, abah-abah spesifikasi perlumbaan, dan roda stereng Alcantara dengan penunjuk pukul 12 berwarna merah.

Sementara Mazda Spirit Racing 3 (Mazda3) pula membawakan ciri unik seperti spitter hadapan dan skirt sisi yang lebih besar, spoiler belakang gentian karbon, tip ekzos yang lebih besar, sistem brek Brembo serta sistem suspensi yang telah direndahkan.

Bahagian dalaman hatchback ini juga menampilkan tempat duduk Recaro, kemasan jahitan berwarna merah, serta kemasan Alcantara.
 

m3


Diharapkan Mazda akan mendedahkan lebih banyak info menarik, khusus buat pendokong setia jenama Zoom zoom itu.