Mazda3 2022 dapat varian Ignite Edition, harga RM165 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Bermaz Motor baru-baru ini mengumumkan kemaskini terhadap model segmen C Mazda3 untuk tahun 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pemenang anugerah World Car Design 2020 dan Red Dot Design 2019 itu kini didatangkan dengan sokongan Apple Carplay dan Android Auto menerusi slot USB pada konsol tengah dan perehat tangan, serta skrin infotainmen bersaiz 8.8 inci.

Selain itu, Mazda3 boleh didapati dalam versi 'Ignite Edition' khas untuk varian 2.0 Liftback sahaja.
 

Ignite


Antara perubahan yang dibawakan termasuklah kemasan hitam berkilat pada cermin sisi, rim aloi bersaiz 18 inci warna hitam metalik, kemasan kulit Burgundy, serta sokongan kamera keliling 360 darjah.

Mazda3 Ignite Edition turut dilengkapi dengan ciri keselamatan i-Activsense yang merangkumi:

  • Amaran Lintasan Trafik Depan (FCTA)
  • Amaran Tumpuan Pemandu (DAA) dengan sokongan ciri Driver Monitoring serta Cruising & Traffic Support (CTS).
     
Mazda3


Terdapat tujuh warna ditawarkan termasuklah Sould Red Crystal, Machine Gray, Jet Black, Snowflake White Pearl, Polymetal Gray, Deep Crystal Blue (model Liftback) dan warna baharu Platinum Quartz.

Harga jualan untuk unit CBU Jepun ini bermula dari RM138,660.00 sementara model Ignite Edition bermula dari RM164,679.00, termasuk pengecualian SST 50 peratus yang sah sehingga 30 Jun 2022.

Berita Berkenaan

Berita Global
Sayang sekali, ia bukanlah merujuk kepada kelahiran semula jenama Mazdaspeed, akan tetapi mereka…
Berita Global
  Dari luar, Mazda3 untuk pasaran Jepun ini nampak sama sahaja kecuali warna baharu Ceramic…
Berita Global
Ia bukanlah seperti hatchback yang biasa kita lihat di atas jalan raya, ini kerana Mad Mike…