Tindakan Nissan tersebut antara lain adalah disebabkan penurunan jualan yang mendadak di pasaran US, serta pengenalan crossover yang lebih menarik perhatian seperti Nissan Kicks menggantikan peranan Nissan Juke.
Pada awal pengenalan, Nissan berjaya menjual 35,000 unit Nissan Juke pada tahun pertama dan angka tersebut terus berkembang dua tahun kemudian.
Namun, bermula dari 2015, angka jualan Nissan Juke semakin merudum dan pada bulan lepas sahaja, Nissan hanya sekadar menjual 41 buah Juke, berbanding 900 unit pada bulan yang sama tahun lalu dan 2,500 unit pada tiga tahun lepas.