Berdasarkan pengumuman terbaharu yang dibuat, generasi baharu crossover Mitsubishi ASX akan dibangunkan menggunakan platform CMF-B, pelantar sama yang digunakan oleh Renault Captur dan Nissan Juke.
Untuk pasaran Eropah, Mitsubishi ASX 2023 berkemungkinan besar akan ditawarkan dalam trenkuasa hibrid, di mana versi tertinggi mungkin akan mendapat trenkuasa E-Tech Renault yang terdiri daripada enjin 1.6 liter dan dua motor elektrik, dengan output 138 hp (Hybrid) atau sehingga 158 hp (plug-in hybrid).
Mitsubishi turut mendedahkan teaser rekaan ASX, di mana bahagian hadapan kini menampilkan pendekatan yang jauh lebih moden, arka roda yang lebih menonjol serta garis bumbung yang lebih aerodinamik.

Mitsubishi ASX merupakan model generasi ketiga yang muncul pada tahun 2010, di mana untuk pasaran tertentu seperti Malaysia, ia tidak lagi menggunakan nama asal Mitsubishi RVR seperti yang digunakan di Jepun.
Mitsubishi mengesahkan generasi baharu ASX akan muncul pada tahun 2023.