Nissan Juke 2024, varian baharu N-Sport, ruang kabin yang lebih canggih

oleh Mohamad Hanif|
Mungkin tidak ramai yang tahu, Nissan Juke yang menjadi buah mulut orang ramai itu mempunyai kelompok peminat yang tersendiri di Eropah.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak seperti model generasi pertama, Nissan Juke generasi kedua ini sebenarnya tidak memerlukan perubahan yang ketara di bahagian luar.

Kalau ada pun, ia mungkin sekali akan mengundang kutukan pedas daripada semua pihak.
 

juke


Jadi untuk kemaskini model Juke tahun 2024, tidak banyak perubahan yang boleh dikesan dari sudut luaran, melainkan kehadiran trim baharu N-Sport, rim 19 inci dan layangan warna kuning terang.

Varian Juke N-Sport yang dimaksudkan itu tadi merupakan varian tertinggi yang menambah kemasan hitam pada bumbung, tiang, roda, arka roda, cermin sisi dan jeriji hadapan.
 

juke


Perubahan yang besar boleh dilihat pada ruang kabin ialah kehadiran skrin infohibur sebesar 12.3 inci, corong pendingin hawa tengah yang lebih berpetak, diikuti dengan skrin kluster digital 12.3 inci.

Nissan Juke juga turut menyokong sambungan Apple CarPlay dan Android Auto secara nirwayar, selain menambah baik sistem pengecaman arahan berbentuk suara.

Selain itu, Nissan Juke didatangkan dengan penggunaan bahan yang lebih lembut untuk dipegang, diikuti dengan kotak sarung tangan yang lebih besar, tempat rehat lengan tengah yang lebih ergonomik, serta ciri standard lain seperti brek parkir elektrik, pad pengecasan tanpa wayar, dan slot USB-A/USB-C untuk semua penumpang.
 

juke


Eksklusif untuk varian N-Sport ialah kemasan jahitan dan trim papan pemuka berwarna kuning, kemasan bahan Alcantara, serta emblem Juke yang disulam pada tempat duduk.

Nissan Juke 2024 boleh didapati dengan pilihan enjin tiga silinder sebaris 1.0 liter turbo berkuasa 115 hp dan 200 Nm yang dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan atau DCT tujuh kelajuan.

Versi paling bertenaga Juke Hybrid pula tampil dengan nadi empat silinder 1.6 liter NA berkuasa 93 hp, dipadankan dengan motor elektrik 48 hp, sistem pemula penjana bervoltan tinggi (HSG), dan pek bateri berkapasiti 1.2 kWh, dengan kuasa keseluruhan 141 hp.
 

juke


Nissan Juke 2024 bakal bersaing dengan barisan model crossover segmen B lain di Eropah, seperti Peugeot 2008, Opel Mokka, Skoda Kamiq, Renault Captur dan Ford Puma.

Baca: Proses mengecat Nissan Juke

Baca: Nissan Juke 2019 generasi kedua dilancarkan

Baca: Nissan Juke capai pengeluaran yang ke-1 juta

Baca: Nissan Juke Rally Tribute

Berita Berkenaan

Berita Global
  Selari dengan perubahan semasa, Nissan menawarkan Juke dengan rangkaian kuasa hibrid dan ada…
Berita Global
Berdasarkan pengumuman terbaharu yang dibuat, generasi baharu crossover Mitsubishi ASX akan…
Berita Global
  Trend pembeli Kereta dengan dua warna sekarang ini menjadi trend di kalangan pembeli.…