Nissan JUKE Hybrid Rally Tribute, model hibrid ubah suai ala kereta rali 240Z!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan JUKE Hybrid Rally Tribute
Nissan JUKE Hybrid Rally Tribute
Nissan Juke adalah satu produk unik yang mempunyai peminat tersendiri. Juke dijual di banyak buah negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat dan negara jiran Indonesia.

Alang-alang unik, Nissan pada tahun 2015 pernah mengeluarkan Juke-R 2.0 dengan enjin GT-R Nismo!

Model itu sebenarnya adalah lanjutan kepada Juke R yang diperkenalkan tiga tahun sebelumnya.

Menurut laporan, hanya lima buah Juke R dikeluarkan yang menjadikannya sangat rare. Harga pula dikatakan sekitar USD590,000.

Nissan terus mengeluarkan Juke dan di pasaran sekarang adalah generasi kedua dan kekal dengan reka bentuk funky.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan JUKE Hybrid Rally Tribute

 

Selari dengan perubahan semasa, Nissan menawarkan Juke dengan rangkaian kuasa hibrid dan ada model one-off sempena pengenalan JUKE Hybrid di Eropah.

Jika dahulu Nissan mengeluarkan Juke R, kali ini JUKE Hybrid Rally Tribute pula.

Model ini dibuat bagi meraikan penyertaan Nissan di dalam Rali Timur Afrika 50 tahun lalu dengan jentera 240Z.

Rangkaian kuasa hibrid

 

Nissan JUKE Hybrid Rally Tribute

 

 

Enjin hibrid bukan baharu di dalam perlumbaan, kereta Formula 1 sudah lama menggunakannya dan kini turut digunakan di dalam Kejohanan Rali Dunia (WRC).

JUKE Hybrid digerakkan enjin 1.6 liter petrol berkuasa 94 hp dan tork 148 Nm.

Pakej elektrik merangkumi motor elektrik berkuasa 36kW (49hp) dengan daya kilas 205 Nm dan turut mempunyai bekalan kuasa 15kW dari penghidup (starter).

Bateri pula berkuasa 1.2kWj dari jenis sejukan air.

Secara keseluruhannya, kuasa JUKE Hybrid 25 peratus lebih tinggi berbanding pilihan petrol sedia ada selain penggunaan bahan api yang ekonomikal.

Kotak gear automatik pintar

 

Nissan JUKE Hybrid Rally Tribute

 

Selain enjin dan motor elektrik, model konsep ini kekal dengan kotak gear model produksi JUKE Hybrid yang menggunakan cekam jenis dog berbanding gegelang segerak (synchroniser rings).

Kotak gear JUKE Hybrid mempunyai empat gear ICE (pembakaran dalaman) dan dua gear EV dan tanpa cekam.

JUKE Hybrid dihidupkan dalam mod elektrik dan dua motor EV digunakan untuk segerakkan (synchronise) gear bagi memberikan pecutan yang lancar dan responsif.

Operasi kotak gear dikawal oleh algoritma canggih bagi menguruskan titik tukaran gear dan regenerasi bateri.

 

Nissan JUKE Hybrid Rally Tribute

 

Ubah suai seperti kereta rali

JUKE Hybrid Rally Tribute membawa pengaruh kuat model 240Z yang digunakan pada perlumbaan padang pasir lima dekad lalu.

Ubah suai paling ketara ialah pada bahagian arka roda yang dibesarkan untuk memuatkan tayar rali selain lampu tambahan pada bonet dan bumbung.

Turut dipasang ialah plat pengukuhan di depan dan belakang untuk melindungi bahagian bawah kereta.

 

Nissan JUKE Hybrid Rally Tribute

 

Menaikkan lagi konsep klasik, logo penaja dan nombor 11 dibuat sama seperti kereta lumba dahulu.

Nissan memasang suspensi tinggi untuk meredah pelbagai permukaan bumi dengan tayar 265/70 R16. 

Pada bahagian dalam, rangka berongga dipasang bagi mengukuhkan badan kereta dan melindungi pasangan pelumba selain tali keledar empat sudut.

 

Nissan JUKE Hybrid Rally Tribute

 

Kerusi belakang ditanggalkan untuk dua tayar ganti dan model hibrid ini nampak begitu rugged!

Lagi kelengkapan ialah pemadam api, sistem interkom, stereng dengan balutan Alcantara dan brek tangan hidraulik.

Selari dengan konsep alam sekitar, JUKE Hybrid Rally Tribute diisi pelincir dan minyak bio dari Shell yang juga rakan perlumbaan rali Nissan pada Rali Timur Afrika 1971.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Nissan JUKE Hybrid Rally Tribute