Secara luarannya, TUV300 Plus ini tiada perubahan yang ketara dibuat oleh Mahindra dan berkongsi banyak panel badan yang serupa dengan TUV300.
Mahindra TUV300 Plus ini menggunakan enjin turbo diesel 2.2 liter mHawk yang digandingkan dengan kotak gear manual enam kelajuan.
Mahindra juga telah melengkapkan SUV ini dengan sistem teknologi mikro hibrid termasuk dengan sistem regenerasi tenaga brek dan mod ECO bagi meningkatkan tahap penjimatan bahan api.
Khidmat Pininfarina sekali lagi digunakan oleh Mahindra untuk mereka bentuk bahagian dalaman SUV ini supaya lebih tampak premium dengan penggunaan faux-leather pada kerusi penumpang di samping penampilan sistem infotainmen skrin sentuh sebesar 7 inci lengkap dengan sistem navigasi.
TUV300 Plus ini dijual di India dengan tiga varian utama iaitu P4, P6 dan P8 dengan harga jualan bermula dari Rs 9.47 lakh (RM56k++) untuk varian terendah sehinggalah Rs 10.86 lakh (RM64k++) untuk varian premium.