Mahindra dan Volkswagen mahu kerjasama dalam elektrifikasi di India!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mahindra Group dan Volkswagen Group
Volkswagen Group dan Mahindra Group
Volkswagen Group dan Mahindra & Mahindra Ltd. mengumumkan hasrat untuk mengembangkan lagi kerjasama susulan Perjanjian Kerjasama yang dibuat awal tahun 2022.

Serentak dengan itu, kedua-dua syarikat menandatangani Perjanjian Pelaburan Tak Terikat (Term Sheet).

Perjanjian itu melibatkan pembekalan komponen elektrik MEB Kumpulan Volkswagen untuk pelantar elektrik INGLO Mahindra.

Pada majlis yang sama, Mahindra mempertontonkan siri SUV elektrik baharu yang menggunakan pelantar INGLO.

Sekiranya menjadi realiti, kenderaan Mahindra akan menggunakan komponen MEB seperti rangkaian kuasa elektrik, sistem bateri dan bateri bersepadu Volkswagen.

Volkswagen Group sememangnya mahu MEB menjadi aset terbuka yang boleh digunakan syarikat lain.

Kerjasama ini akan menghasilkan jumlah yang besar dengan lebih sejuta unit termasuk kelengkapan untuk lima buah SUV elektrik dengan komponen MEB.

Kedua-dua syarikat juga akan meneroka peluang untuk kerjasama lanjut bagi meluaskan pakatan strategik dan mempercepatkan program elektrifikasi pasaran automotif India.

Di antara bidang yang berpotensi ialah mobiliti elektrik termasuk projek kenderaan, penyetempatan pengeluaran sel bateri, pengecasan dan penyelesaian tenaga untuk ekosistem elektrik di India.

Perkembangan terbaru ini juga menunjukkan pemain industri automotif saling memerlukan.

Tidak hanya automotif, Mahindra Group adalah sebuah konglomerat dengan perniagaan seperti tenaga boleh diperbaharu, pertanian, hartanah, logistik dan hospitaliti.

Mahindra Group mempunyai  260,000 pekerja di lebih 100 buah negara.

India merupakan satu daripada lima pasaran automotif terbesar di dunia dengan tiga juta unit kenderaan setahun.

Program elektrifikasi untuk kenderaan penumpang dijangka melonjak pada tahun-tahun mendatang.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Lebih menyedihkan, beberapa bulan sebelum itu pemilik SsangYong, Mahindra membuat keputusan untuk…
Berita Global
XUV700 merupakan SUV generasi baharu menggantikan generasi lama XUV500 (2011-2021) di mana ia kini…
Berita Global
Menurut laporan daripada Car Advice, para peguam Jeep sedang cuba untuk menghalang penjualan…