Mahindra akan menggunakan komponen-komponen yang dibekalkan oleh Volkswagen untuk model kenderaan elektriknya yang dijadual memasuki pasaran mulai 2025 dan seterusnya.
Komponen yang diperoleh daripada Volkswagen akan disepadukan ke dalam pelbagai SUV elektrik yang dibina pada seni bina INGLO baharu Mahindra.
Teknologi yang dikongsi dijangka merangkumi motor elektrik dan bahagian penting lain, termasuk sel bersatu.
Perjanjian itu ditetapkan untuk tempoh beberapa tahun, dengan sel bateri yang dibekalkan dijangka mempunyai jumlah volum sekitar 50 GWj.
Menurut laporan Autocar India, terdapat perbincangan yang sedang dijalankan mengenai perkongsian platform untuk projek masa akan datang.
Perbincangan tersebut berpotensi untuk melibatkan pembuatan tempatan bagi sel bateri yang diimport di India.
Sebelum ini, Mahindra telah mempratonton lima SUV elektrik berasaskan seni bina INGLO untuk pasaran India dan akan mula melancarkan SUV pertama yang dikenali sebagai XUV.e8 pada Disember 2024.
Seterusnya untuk model kedua dengan reka bentuk coupe-SUV iaitu XUV.e9 pada April 2025 serta model yang lebih sporty dan futuristik iaitu BE.05 dilaporkan akan dilancarkan pada Oktober 2025.
Manakala lagi dua model SUV elektrik tersebut yang dikenali sebagai BE.07 dan BE.06 dijangka akan dilancarkan selepas 2026.
Menurut pengumuman rasmi, Mahindra dan Volkswagen akan "terus meneroka peluang potensi lebih lanjut untuk kerjasama di India dalam bidang e-mobiliti".
Matlamat kedua-dua syarikat adalah untuk "menguatkan e-mobiliti footrpint" mereka dalam pasaran India, dan membantu mempercepatkan elektrifikasi di rantau tersebut.
Mahindra percaya bahawa kenderaan penumpang elektrik akan memperoleh "momentum yang ketara" pada tahun-tahun akan datang walaupun, saingannya Tata kini berada di hadapan dalam bidang EV.
SUMBER : Carscoops