Bermula daripada kegagalan suhu enjin pada pemulaan perlumbaan, pemandu pertama Jazeman terpaksa berhenti di pit pada lap ke dua bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Ketinggalan sebanyak empat pusingan pada awal perlumbaan, ketiga-tiga pelumba Malaysia tersebut gigih mengejar kembali posisi teratas dengan mencapai kedudukan ke-16 dalam jangka masa hanya lima jam perlumbaan.
Ketika tempoh masa mencecah 12 jam, mereka beralih kedudukan kepada tempat ke-17 secara keseluruhan dan ke-13 di dalam kelas LMP2.
Kedudukan mereka bertambah baik pada tiga jam terakhir apabila mereka berjaya mendapat tempat ke-10 secara keseluruhan dan tempat ke-6 di dalam kelas LMP2 dengan Jazeman mengemudi jentera pada saat akhir perlumbaan.
Menurut Nabil, walaupun dengan isu yang melanda pasukan mereka pada awal perlumbaan, beliau berasa amat gembira dengan pencapaian yang mereka kecapi pada perlumbaan tersebut.
"Ini merupakan pengalaman pertama saya (di Le Mans), sekiranya bukan kerana isu enjin, kami mungkin mampu mencapai podium kedua ataupun ketiga," tambah beliau.
Perlumbaan Le Mans 24H itu turut menyaksikan pasukan Toyota Gazoo Racing memenangi keseluruhan perlumbaan endurance tersebut manakala G-Drive Racing pula merangkul kejuaran bagi kelas LMP2.
Sumber: NST dan FB Sepang Circuit