Jazeman Jaafar raih podium kelas LMP2 4 Hours of Monza

oleh Mohamad Hanif|
Pelumba negara, Jazeman Jaafar serta rakan sepasukan Sean Gelael daripada pasukan Jota Sport berjaya meraih kedudukan ketiga dalam kelas LMP2 perlumbaan 4 Hours of Monza yang berlangsung hujung minggu lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bermula dari petak ke-11, jentera Oreca 07 - Gibson bernombor #82 itu berjaya menghabiskan 125 pusingan dengan jumlah catatan masa penuh 4:01:31.344 selain meraih masa pusingan terbaik sepantas 1:40.018 dengan kelajuan tertinggi 335 km/j.

Tahun ini, Jazeman Jaafar menyertai pasukan Jota Sport sebagai pemandu simpanan serta pemandu pembangunan, dan dalam masa yang sama bertindak sebagai mentor bagi program Technology Transfer Apprenticeship Programme (TTAP) menerusi kerjasama Persona Energy Sdn Bhd.

Menerusi program ini, sekumpulan anak muda diberikan pendedahan secara terus terhadap perlumbaan sebenar, selain mendapat pendedahan di dalam aspek pengurusan termasuklah hubungan media, strategi penjenamaan dan juga pengurusan individu.

Baca: Program Perantis Sukan Permotoran MARii, Persona Energy

 


Menurut laporan daripada Paultan, Jazeman menyifatkan perkembangan program ini berada di tahap yang lancar, walaupun terpaksa membahagikan tugas untuk melakukan persediaan perlumbaan di samping memantau jurutera muda Malaysia (Anderson Kent Robert, Luqman Othman, Muhammad Amzar Danish Chairil dan Muhammad Taufiq Mohd Zin).

Menerusi program bersama MARii, para jurutera muda ini akan menyertai sesi taklimat kejuruteraan, mendengar komunikasi radio perlumbaan, dan menyertai sesi taklimat pemandu bersama Jazeman secara langsung selepas perlumbaan.

"Untuk perlumbaan pertama di Portimao, para jurutera MARii diberikan peluang untuk meneliti pengetahuan asas seperti pengurusan tayar, namun dalam tempoh dua minggu sebelum 4 Hours of Monza, mereka bekerja berdasarkan enam parameter, iaitu simulasi perlumbaan, pemasaan, strategi, prestasi jentera lumba, prestasi pelumba serta pengurusan tayar," ujar Jazeman.
 


Dari segi simulasi perlumbaan, Jota Sport menggunakan kelengkapan Monolith AI yang menggunakan simulasi berat jentera dan tayar bagi menentukan kelajuan sebenar jentera lumba menerusi beberapa seksyen litar, sebelum diaplikasikan ketika perlumbaan sebenar.

Tambah Jazeman lagi, walaupun para jurutera muda itu memerlukan masa untuk menyesuaikan diri, pihak Jota Sport membantu membimbing mereka menerusi setiap bahagian dengan diawasi oleh tiga jurutera perlumbaan dari pasukan utama.

Sumber: European Le Mans Series, Paultan

Berita Berkenaan

Informasi
Ia merupakan angka yang cukup tinggi jika dibandingkan dengan sukan-sukan besar di peringkat…
Berita Domestik
Program TTAP ini direka untuk meningkatkan skil dan ilmu pengetahuan bakat tempatan menerusi…
Berita Global
Mereka yang merupakan antara rakyat Malaysia yang pertama bertanding di dalam kejuaraan berprestij…