MARii, Persona Energy bangunkan program perantis sukan permotoran

oleh Mohamad Hanif|
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) menjalin kolaborasi dengan Persona Energy Sdn Bhd (Persona) untuk membangunkan program pembangunan modal insan yang digelar sebagai Technology Transfer Apprenticeship Programme (TTAP).
Modenas

Program TTAP ini direka untuk meningkatkan skil dan ilmu pengetahuan bakat tempatan menerusi program perantisan di dalam sukan permotoran global. 

Majlis tandatangan MoU itu dihadiri oleh CEO MARii, Dato' Madani Sahari dan Jazeman Jaafar selaku Pengarah Persona. 

Apa yang cuba dibawakan oleh TTAP adalah pendedahan secara terus daripada jurutera perlumbaan yang berpengalaman, terutama di dalam acara peringkat antarabangsa dengan pasukan professional dalam pelbagai disiplin perlumbaan.
 


Selain daripada skil dan ilmu pengetahuan berkenaan sukan perlumbaan, TTAP juga memberikan pendedahan di dalam aspek pengurusan - termasuklah hubungan media, strategi penjenamaan dan pengurusan individu. 

Seramai 10 orang peserta terpilih di dalam program TTAP ini akan diberikan peluang untuk menyertai pasukan perlumbaan, termasuk dua orang peserta wanita dalam usaha untuk memperkasakan tenaga wanita di dalam industri ini. 

Menurut Jazeman yang juga selaku Mentor program TTAP berkata, "tujuan program ini adalah untuk memastikan para jurutera kami bersedia untuk melanjutkan kerjaya mereka di peringkat yang lebih tinggi.

"Dengan perkembangan teknologi yang tinggi di dalam bidang ini, ia akan membolehkan kami untuk menumpukan tenaga kepada aspek pemindahan teknologi yang membantu merangsangkan lagi pembangunan bakat tempatan untuk industri automotif tempatan dan industri sukan permotoran. 
 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MoU itu bertujuan untuk mendigitalkan aktiviti promosi pelaburan InvestPerak melalui pendekatan…
Berita Domestik
Majlis pelancaran tersebut diadakan di ibu pejabat MARii dan dihadiri oleh CEO MARii, Dato' Madani…
Berita Domestik
Pelbagai cadangan, forum, dan diskusi diajukan oleh pakar-pakar industri, pengguna serta badan…