Video berdurasi kira-kira 20 saat itu menjadi tular dan telah ditonton lebih 600,000 kali.
"Dalam video tersebut, saya memandu Jeep Wrangler keluaran tahun 2006. Saya tidak takut kerana sudah berulang-kali melakukan perkara tersebut (mendaki bukit dengan kadar kecuraman 90 darjah berkenaan menggunakan jeep sama).
"Bahkan saya pernah mendaki bukit itu ketika hujan turun. Jeep ini memang hebat!," katanya.
Menurut Chuck, jeep itu telah diubahsuai selepas terlibat dalam kemalangan teruk sebelum ini.
Sementara itu, seorang pengguna Instagram, Pat Mac berkata, jeep dipandu lelaki itu memiliki keupayaan pendakian luar biasa.
Dalam perkembangan sama, seorang pengguna lain, John Marion tergamam melihat aksi berbahaya dilakukan Chuck.
"Wow! Pertama kali saya melihat jeep sehebat ini. Ini mungkin jeep terbaik di dunia," tutur John.