Fiat Chrysler gagal sekat jualan Mahindra Roxor dalam pertarungan tanda dagangan Jeep

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Stellantis, Fiat Chrysler sekali lagi dilaporkan gagal memujuk mahkamah persekutuan di Michigan untuk menyekat penjualan Mahindra Roxor, model jenama Mahindra & Mahindra.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Ianya berdasarkan dakwaan bahawa Mahindra telah menyalin reka bentuk model Jeep.

Hakim Daerah U.S. Gershwin Drain di Detroit memutuskan bahawa reka bentuk Mahindra tidak mungkin cukup untuk menyebabkan kekeliruan pengguna bagi mewajarkan larangan itu.

 

2

 

Ianya sekaligus mengulangi keputusan awal selepas mahkamah rayuan U.S tahun lalu mengarahkannya untuk mempertimbangkan semula kes tersebut.

Fiat Chrysler telah menyaman Mahindra pada 2018 di Detroit dan memfailkan aduan dengan Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa U.S. menuduh syarikat India itu menyalin elemen reka bentuk Jeep yang dilindungi tanda dagangannya pada model Roxor.

 

3
Versi facelift

 

Drain telah menyekat Mahindra daripada menjual Roxors sebelum 2020 berikutan larangan import ITC, tetapi menolak permintaan Fiat Chrysler untuk menyekat jualan versi reka bentuk semula kenderaannya berdasarkan keputusan ITC bahawa ia tidak melanggar hak tanda dagangan Fiat Chrysler.

Drain menolak larangan Roxors pasca 2020 sekali lagi pada hari Rabu lepas, dan berkata selepas mempertimbangkan faktor baharu bahawa "peraturan jarak selamat" masih tidak boleh digunakan.

 

Sumber: Reuters

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sepanjang tempoh peralihan, Bermaz Auto Alliance akan terus bekerjasama dengan Stellantis bagi…
Berita Domestik
Antara model baharu yang dimaksudkan itu termasuklah Peugoet 408, serta crossover elektrik e-2008…
Hezeri Samsuri
Abarth Alfa Romeo Chrysler Citroën Dodge DS Automobiles Fiat Jeep Lancia Maserati Opel…