Naib Presiden Bahagian Pemasaran dan Jualan Kenderaan Mercedes-Benz Malaysia, Mark Raine berkata, pemilihan Nicol sebagai duta jenama kenderaan berpengaruh itu dilakukan selepas mengambil kira personalitinya yang bertepatan dengan kriteria ditetapkan.
"Pemilihan Nicol sebagai duta sememangnya langkah tepat. Tidak hanya memiliki reputasi kejayaan dalam lapangan sukan, beliau (Nicol) turut mempunyai hubungan sosial yang baik kerana pembawaan dirinya yang begitu berkarisma, berdisiplin dan bersemangat tinggi.
"Bagi pihak Mercedes-Benz Malaysia, saya berasa gembira untuk bekerja bersama beliau bagi membangunkan lagi empayar jenama ini pada masa hadapan. Selamat Datang ke Mercedes-Benz Malaysia," katanya.
Dalam perkembangan sama, Nicol turut menyatakan kegembiraan selepas menerima perkhabaran mengenai pengumuman baru daripada pihak Mercedes-Benz Malaysia itu.
Jelas Nicol, dia begitu teruja dapat berkolaborasi dengan syarikat pengeluar kenderaan tersebut kerana beliau sendiri merupakan penggemar setia jenama berkenaan sejak dari dahulu lagi.
Antara model kegemaran Nicol ialah Mercedes-AMG GLA 45.