CYCLE & CARRIAGE IPOH AUTOHAUS TAWAR TEKNOLOGI DIGITAL MEMBELI MERCEDES-BENZ

oleh Hamimah Hamid|
SELEPAS Mutiara Damansara, Alor Setar dan Johor Bahru, Cycle & Carriage (C&C) kini tampil dengan Autohaus Mercedes-Benz keempat berkonsep 'retail' di Ipoh, Perak.

Terletak di Jalan Kuala Kangsar, Cycle & Carriage Ipoh Autohaus menawarkan pengalaman membeli kereta mewah kepada pelanggannya melalui teknologi digital maya terkini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) C&C, Thomas Tok berkata, walaupun negara dilanda pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ia tidak mematahkan semangat C&C untuk meningkatkan hasil jualan dan mengambil inisitif dengan memperkenalkan integrasi elemen digital ke dalam dunia fizikal.

thomas tok di tengah bersama Sagree Sardien

Katanya, dengan teknologi dunia digital pelanggan tetap boleh merasai pengalaman membelii kereta mewah jenama Mercedes-Benz di Ipoh Autohaus.

“Sebagai pengedar terkemuka untuk Mercedes-Benz di Malaysia, Cycle & Carriage komited untuk menyediakan pelanggan kami pengalaman luar biasa dan perkhidmatan terbaik dalam kelasnya.

“Hari ini, kami berbesar hati untuk mempamerkan Cycle & Carriage Ipoh Autohaus yang dinaik taraf.  Kami ingin memberi pelanggan Mercedes-Benz jaminan bahawa mereka boleh mengakses perkhidmatan terbaik kami di sini di Ipoh dalam apa jua situasi,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada krew Careta selepas majlis pelancaran Cycle & Carriage Ipoh Autohaus hari ini yang turut dihadiri President dan CEO Mercedes-Benz Malaysia, Sagree Sardien.

Menjelaskan mengenai Cycle & Carriage ujar Thomas, Ipoh Autohaus adalah cawangan pertama pengedar Mercedes-Benz di Malaysia yang dibuka pada 1906.

Kini katanya, selepas 116 tahun, pengedar utama kereta itu kembali dengan imej dan teknologi baru mewarnai dunia permotoran di Ipoh yang dahulunya pernan digelar “The House of Mercedes”.

Mengulas mengenai ruang pameran dengan teknologi digital terbaru itu jelas Thomas, Cycle & Carriage Ipoh Autohaus yang terletak di bangunan berlatar belakangkan batu kapur Ipoh berkeluasan 56,000 kaki persegi.

C&C berlatar belakangkan batu kapur menjadi trademark autohaus ipoh

Katanya, pengunjung akan melangkah ke ruang pameran yang direka moden serta mewah dan akan disambut mesra oleh Pembantu Bintang.

Jelas beliau, dengan penambahan baru titik sentuhan digital, pelanggan boleh melihat pilihan varian Mercedes-Benz melalui akses kepada pasukan perkhidmatan yang atau pengalaman lengkap digital mewah yang mengintegrasikan kedua-dua sentuhan digital dan manusia.

“Cycle & Carriage Ipoh Autohaus direka dengan ruang terbuka yang luas dan ditambah dengan adat lampu sorot pemancar cahaya siang untuk mendedahkan warna sebenar setiap kenderaan. Semua kenderaan juga disusun dalam posisi kapal bagi memaksimumkan paparan setiap model.

“Pengunjung juga merasai sendiri pengalaman mendekati kesemua varian yang menampilkan alat multimedia terkini untuk mendapatkan pemahaman menyeluruh tentang kenderaan Mercedes-Benz dan teknologinya,” ujar beliau.

Sementara itu bagi pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat rundingan individu, autohaus yang dinaik taraf ini menyediakan pelbagai lokasi tempat duduk diatur di kawasan terbuka, separa persendirian atau persendirian untuk perbincangan mereka. 

Pelanggan juga boleh berunding secara santai di Star Lounge, yang mempunyai kafe untuk menawarkan sentuhan yang lebih halus kepada perkhidmatan yang luar biasa.

Thomas berkata, Cycle & Carriage Ipoh Autohaus yang baru dinaik taraf juga menempatkan bengkel komprehensif yang menawarkan pembaikan, tayar dan roda, badan dan cat, serta perkhidmatan perincian kereta. 

ruang servis yg luas dan lapang

Ujarnya, sebagai salah satu pusat servis kenderaan terbesar di kawasan terbabit, ia dilengkapi dua puluh ruang servis dan pembaikan, sebelas ruang mengecat serta dilengkapi siling tinggi dan kipas besar untuk ruang yang lebih lapang.

Bagi penggemar aksesories dan barangan jenama Mercedes-Benz, pelanggan juga boleh mendapatkan pelbagai barangan menarik yang dijual di autohaus ini seperti, topi, minyak wangi, pemegang kunci, serta set penyediaan minuman panas.

pelbagai barangan premium drp mercedes benz yg diimport dr Jerman

Cycle & Carriage Ipoh Autohaus dibuka dari 8.30 pagi hingga 7 malam pada hari bekerja dan 8.30 pagi hingga 6 petang pada hari Sabtu manakala pada hari Ahad dibuka dari 11 pagi hingga 5 petang.

Maklumat lanjut mengenai Cycle & Carriage Ipoh Autohaus boleh didapati di laman web https://www.ccb.mercedes-benz.com.my atau https://www.facebook.com/cyclecarriagemy/, atau menghubungi perkhidmatan pelanggan Cycle & Carriage di talian 1800-22-8000.