'Porche Taycan laris terjual untuk tahun pertama' - CEO Porsche Amerika

oleh Mohamad Hanif|
Belum pun sempat Porsche Taycan, kereta elektrik sulung yang lahir daripada jenama Stuttgart ini dikhabarkan akan memasuki pasaran pada penghujung 2019, para peminat sudah pun tidak sabar untuk mendapatkan unit kenderaan mereka.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Malah, fakta yang baru diterima ini menunjukkan Taycan menerima sejumlah pendaftaran minat yang cukup besar daripada para pelanggan Porsche sedia ada dan juga pelanggan baharu. 

Kenyataan ini turut disahkan oleh presiden dan CEO Porsche Amerika Utara, Klaus Zellmer yang menyebut, "sekiranya jumlah pra-tempahan tersebut berjaya direalisasikan, kami sebenarnya berjaya menjual habis kesemua unit Taycan untuk tahun pertama!"

Tambah beliau lagi, sebahagian daripada mereka yang mendaftarkan minat tidak pernah memiliki kenderaan Porsche, malah ia hadir daripada para pelanggan Audi, BMW, Mercedes dan majoritinya daripada para pemilik Tesla. 
 


Ketika ditanya bagaimana prestasi Taycan sekiranya dibandingkan dengan Audi e-tron GT, Zellmer tidak begitu risau. 

"Sekiranya anda sudah memandu Macan (yang berkongsi platform dengan Audi), anda pasti akan dapat jawapannya, itulah perbezaan antara produk kami (Taycan) daripada produk Audi."
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Porsche Taycan baharu versi yang dikemas kini dikatakan mempunyai lebih kuasa, lebih jarak…
Berita Global
Model pra-produksi Taycan yang bakal dilancarkan kelak itu kini merupakan model elektrik Porsche…