Kejuaraan Golf MercedesTrophy 2019 tawar GLC 200 sebagai hadiah utama!

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz mengumumkan kemunculan kembali Kejuaraan Golf Antarabangsa MercedesTrophy untuk tahun yang ke-29 di Malaysia. 

Ia terbuka kepada semua pelanggan Mercedes-Benz dan dijangka lebih daripada 1,000 orang akan menyertai acara berprestij ini. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sejak diperkenalkan pada tahun 1991, seramai lebih daripada 60,000 pemain golf dari 60 buah negara mengambil tempat di dalam acara kejuaraan golf eksklusif ini saban tahun.

 


Sehingga kini, MercedesTrophy mencatatkan kehadiran sehingga satu juta pengunjung, terdiri daripada pelanggan dan peminat Mercedes-Benz memeriahkan suasana. 

Terdapat sembilan pusingan kelayakan akan dijalankan di mana tiga pemenang utama setiap pusingan akan berentap dalam pusingan akhir di TPC kuala Lumpur. 

Berikut merupakan jadual acara untuk pusingan kelayakan yang bakal dijalankan:

 

Manakala Kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut:


Pemain golf pertama yang berjaya mencapai Hole-in-One daripada mana-mana dua lubang 3 par akan berpeluang untuk membawa pulang sebuah Mercedes-Benz GLC 200 bernilai RM293,888!

Pemenang-pemenang yang bertanding pada pusingan akhir nasional akan layak untuk ke peringkat MercedesTrophy Regional Asia di Brisbane, Australia pada 6-9 Ogos dan perbelanjaan ditanggung sepenuhnya. 

Manakala tiga pasukan Asia yang terpilih akan mewakili Asia untuk ke peringkat MercedesTrophy World Final bertempat di tanah kelahiran Mercedes di Stuttgart, Jerman daripada 30 September - 5 Oktober 2019.