Yamaha Nmax 2020 - kini lebih pintar dengan aplikasi Y-Connect

oleh Mohamad Hanif|
Yamaha Indonesia telah pun selesai melancarkan model facelift skuter Nmax yang disasarkan penjualannya pada tahun hadapan.

Sekali imbas, tidak banyak perbezaan yang dibawakan namun model facelift ini sebenarnya bawak membawakan panel badan serba baharu, menampakkannya ala-ala Xmax 250 versi mini.

 


Ini dibuktikan dengan penggunaan lampu utama yang menampilkan lampu nyalaan siang jenis LED berkembar, serta lampu belakang LED serba baharu yang terpisah dua. 

Di bahagian sisi, karakter skuter Nmax 2020 lebih terserlah dengan panel tepi yang beralun, manakala penghadang angin hadapan pula direka supaya sedikit melengkung. 
 


Namun, perubahan besar yang dibawakan sudah tentu berada di sebalik kulit luar, di mana skuter ini hadir dengan sistem Bantuan Mula/Berhenti, Smart Motor Generator, Kawalan Cengkaman, serta terdapat slot pengecasan jenis USB.

Skrin paparan digital ini juga bukan sekadar mempamerkan informasi kritikal, malah ia juga boleh menyokong sambungan kepada peranti pintar menerusi aplikasi Y-Connect di mana pengguna boleh membaca data tersebut pada skrin paparan telefon peribadi.
 


Tiada sebarang perubahan teknikal dibawakan kepada nadi enjin silinder tunggal SOHC VVA, ia masih kekal dengan kuasa 14.9 hp dan daya kilas 14.4 Nm yang masuk penuh pada putaran enjin 6,000 rpm.

Malah, harga rasmi juga masih belum diumumkan, memandangkan ia hanya akan memasuki pasaran pada tahun hadapan. 

Add new comment

Careta Ad