HLYM perkenal 2 warna baharu Yamaha NMAX - Harga bermula dari RM9,798

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah memeriahkan lagi pilihan barisan skuternya dengan pelancaran dua warna baharu untuk model Yamaha NMAX 2023.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Dari segi kuasa, Yamaha NMAX 2023 masih dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 155 cc SOHC 4 injap sejukan cecair yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 15.2 HP dan 13.9 Nm.

 

2

 

Ia juga masih dilengkapi sistem suspensi fork teleskopik di depan dan lengan ayun di bahagian belakang, sementara brek menggunakan jenis rotor 230 mm depan dan belakang.

Kapasiti tangki bahan api juga masih sama iaitu sebesar 7.1 liter, cukup untuk memberikan perjalanan yang jauh dan selesa untuk penunggang.

 

3

 

Yamaha NMAX dengan dua warna baharu iaitu Merah dan Biru itu kini boleh didapati di semua pengedar rasmi bermula 16 Mac, dengan sedikit peningkatan harga iaitu RM9,798 tidak termasuk insuran.

HLYM menawarkan pembeli bagi Yamaha NMAX baharu itu dengan hadiah kunci keselamatan cakera brek Yamaha yang bernilai RM100.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Yamaha Y16ZR 2024 kini membawakan ciri keselamatan brek anti-kunci (ABS) saluran tunggal, diikuti…
Pelancaran Motosikal
Difahamkan, model edisi terhad dengan liveri warna baharu ini hanya akan diproduksikan sebanyak 600…
Model Terbaharu
Bermula hari ini, para pelanggan kini boleh mula mendapatkan tiga warna baharu untuk versi standard…